Tuesday 8 October 2013

Pendidikan Khas


Pendidikan Khas merupakan satu bidang yang melibatkan pengajaran murid-murid khas. Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu masalah pembelajaran, masalah penglihatan dan masalah pendengaran.

Untuk pengetahuan anda, saya sebagai pemilik kepada blog ini kini sedang mengikuti pengajian saya di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh bagi kursus Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran SJKC.


Sebelum ini, tempoh bagi program persediaan adalah selama satu setengah tahun, namun mulai tahun 2013, tempoh tersebut telah disingkatkan kepada satu tahun sahaja. Ini bermakna, kumpulan saya merupakan kumpulan pertama yang mengikuti program persediaan selama satu tahun. 

Terdapat tiga mata pelajaran asas yang akan dinilai melalui kuiz (ujian) dan kerja kursus, iaitu:
1. Asas Pendidikan Khas
2. Pengantar Bahasa Melayu
3. Matematik Asas

Selain itu, para pelatih bagi kursus ini juga perlu mengambil lima mata pelajaran generik yang akan dinilai melalui kerja kursus sahaja, iaitu:
1. Kecergasan dan Kesihatan
2. Isu dan Cabaran Semasa Dunia
3. Kemahiran Belajar
4. Kesantunan Berbahasa
5. English for Effective Communication

Bagi setiap kerja kursus yang diberikan, para pelatih perlulah bijak membahagikan masa kerana setiap kerja kursus memerlukan maklumat yang terperinci dengan sumber rujukan yang relevan. Proses ini amat memakan masa kerana para pelatih perlu banyak meluangkan masa di pusat-pusat sumber untuk mencari bahan-bahan rujukan.

Sepanjang program persediaan, para pelatih akan diberikan pelbagai tugasan yang melibatkan pencarian maklumat dan pembentangan. Biasanya, pembentangan akan dilakukan dengan menggunakan Power Point. Oleh itu, para pelatih perlulah mahir dalam ilmu ICT.