MOTIVASI

Anda Pasti Boleh

Pendidikan Khas merupakan suatu bidang yang unik kerana guru-guru bidang ini perlu berhadapan dengan murid-murid khas yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal, mental atau kedua-duanya.

Antara kategori murid-murid khas ialah sindrom down, terencat akal, autisme, epilepsi, disleksia dan hiperaktif. Murid-murid ini memerlukan perhatian dan bimbingan khusus guru untuk mempelajari sesuatu ilmu. Sekiranya seorang murid biasa memerlukan masa sebulan untuk mengingati 26 huruf-huruf Rumi, murid-murid khas mungkin memerlukan masa tiga bulan atau lebih untuk mengingati hanya 1 huruf Rumi. Keadaan ini semestinya memerlukan tahap kesabaran yang luar biasa tingginya oleh seorang guru untuk mendidik murid-murid khas.

Guru-guru Pendidikan Khas perlulah cergas kerana dalam sesetengah situasi, mereka mungkin perlu mengejar murid-murid khas terutamanya murid-murid hiperaktif.

Selain itu, guru bidang ini perlu sentiasa peka terhadap keadaan dalam kelas seperti kelakuan murid-murid. Kecuaian guru boleh mengakibatkan berlakunya kecederaan kerana kebanyakan murid khas tidak mengetahui erti sakit. Mereka mungkin akan mencederakan diri sendiri sambil ketawa kerana menganggap perbuatan tersebut sebagai sesuatu yang menghiburkan. Peralatan tajam dan bahaya seperti gunting, pisau, pensel tajam dan sebagainya perlu disimpan di tempat yang tidak dapat dicapai oleh murid-murid.

Untuk semua pelatih Pendidikan Khas, bersedialah untuk menghadapi segala cabaran bidang ini kerana andalah yang bakal membimbing murid-murid berkeperluan khas pada masa akan datang.

Yakin boleh, usaha lebih, pasti boleh!

No comments:

Post a Comment